My Blog List

Keunikan Si Miau

Monday, October 26, 2009


Kucing Bengal Milik Saya.

Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.

Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.

Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.

Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia. Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria. Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia.

Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan dewasa dengan keliincahan mereka bermain dengan air.

Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalah brown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.

Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails