My Blog List

Ketidaktelusan Pengundian Bazar Ramadhan 2010

Monday, July 19, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkkan.

baru-baru ini pada haribulan 19-07-10 bersamaan hari isnin, Seramai 15 ribu dan berberapa pemuda pas segambut telah menghadiri pegundian di Taman Tasik Titiwangsa untuk mendapatkan tempat bazar ramadhan di kawasan Jalan TAR dan masjid india.Sejurus sampai disana, tepat pada 10 pagi bermulannya sesi pengundian yang di anjurkan oleh pihak DBKL dan disokong oleh persatuan peniaga-peniaga kecil kuala lumpur dan dihadiri oleh pihak SPRM untuk mengadili proses pengundian tersebut..Jumlah tempat yang disediakan di bazar ramadhan tersebut adalah sebanyak 360 iaitu bahan kering dan 24 tempat untuk bahan basah.Dalam proses tersebut, pengundian untuk bahan basah mengalami banyak undi rosak, semakin lama semakin disedari oleh orang ramai bahawa undi tersebut disyaki berlakunya kes penipuan.


Sejurus kemudian berlaku kekecohan diantara orang ramai dan pihak DBKL, pihak DBKL menyatakan bahawa undi yang tidak mempunyai tanda tangan, alamat yang luar dari KL serta peserta yang mendapat dua kali tempat di tolak sama sekali,kalau jumlah undi rosak itu sedikit tidak mengapalah, akan tetapi ia terlalu banyak, kami dan orang ramai berasa amat kecewa dengan keputusan tersebut.Beberapa orang ramai hilang sabar dan tidak berpuas hati kerana mengesyaki terdapat satu penyelewangan telah berlaku.Al maklum la peniaga peniaga kecil bukannya kaya seperti Umno-BN, kebanyakannya datang dari golongan yang miskind dan berpendapatan rendah.


Orang ramai berpusu-pusu mengerumi pihak urusetia DBKL untuk menunjukkan ketidakADILan proses tersebut.Orang ramai berkali-kali mengadukan pada pihak SPRM hanya melihat dan tersenyum bersahaja. Mungkin beliau tahu pihak DBKL dapat mengatasi dan memberi keterangan tersebut dengan jelas kepada orang ramai.selepas diberikan penjelasan oleh pihak DBKL,orang ramai masih lagi tidak berpuas hati. Untuk mengelakkan orang ramai membantah sekeras-kerasnya, proses tersebut terus dilakukan untuk megelakkan kekecohan serta boleh melambabkan masa proses undi.


Mari kita lihat dari aspek peristiwa tersebut. Adakah ini adalah satu trend dalam institusi kerajaan Barisan Nasional dalam mengadili satu proses pengundian. Adakah ini dilakukan hanya untuk kroni-kroni serta kepentingan mereka? Tepuk dada tanyalah selera. apa yang dimahukan, dalam mengadakan satu pengundian kita seharusnya bersikap amanah, jujur dan ikhlas dalam melakukkan apa saja pekerjaan. Renung-renungkan. Sekian dari Saya,Wasallam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails