Bagi mereka yang ingin membuat majlis sambutan hari jadi...di sini saya selitkan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama.
Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.
Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.
Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.
Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.
Antaranya:
a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).
Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.
Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.
Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.
Sumber : Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
My Blog List
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...5 months ago
-
SUKA MUHONG - *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS MURAH DI SINI* *Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan...9 months ago
-
Mostbet-az90 - Mostbet-az90 geniş çeşidli bazarlara və rəqabətli əmsallara malik onlayn idman mərc platformasıdır. Mostbet-az90 saytı müştərilər üçün canlı hadisələr, o...1 year ago
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN - Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar. Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...1 year ago
-
-
‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort - Oleh UtusanTV *SUSPEK ditahan bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api. - Gambar hiasan Freepik* POLIS menah...2 years ago
-
Polis: Berlian merah jambu dibeli guna wang 1MDB - Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta. Ketua Pasuk...5 years ago
-
BAGHAL PUN TAK NAK MAKAN.. - Disebutkan dalam Mausu'ah Sidi Abdullah al-Ghumari (jilid 17, halaman 270-271) bahawa al-Hafiz al-Suyuti menceritakan dalam kitabnya Husnul Muhadharah: Ba...5 years ago
-
Sama tapi serupa!!! - Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari Kementer...8 years ago
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh - Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan. Tapi sebe...8 years ago
-
'No moles, just morons in police force' - Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461 A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the way they carried out "Operasi Dad...9 years ago
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...10 years ago
-
BUDAK KAMPUNG ONLINE UPDATE ADDRESS - Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres lama akan bertukar ad...10 years ago
-
MOHON SUMBANGAN BAGI PUSAT PENDIDIKAN AN-NUUR - Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam A...11 years ago
-
-
-
Menteri Pengajian Tinggi Yang Macam Orang Tak Mengaji - Jikalau pemimpin UMNO menjadi menteri di negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi sudah pasti ramai yang dah tersungkur. Apa tidaknya, harta rakyat ...11 years ago
-
Nelayan di Somalia - Dengar je negara Somalia, mesti anda memikirkan kebuluran dan kurang makanan.tetapi Orang laut somalia bergantung sepenuhnya makanan mereka dengan aktivi...12 years ago
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...12 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU - Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlim...12 years ago
-
-
ZAMBRY GUNA KHIDMAT ALAM LAIN BENARKAH BEGITU!!!BACALAH - dibawah ini gambar pisang raja.. bukan sebarang pisang bro..masakan ia bergelar raja jika ia hanya pisang yang tak bermakna. dalam dunia mistik melayu a...13 years ago
-
Judi sukan dibenarkan semula? - Adakah judi sukan akan dibenarkan di negara ini? Persoalan itu timbul lagi apabila jawapan daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri N...13 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
-
-
-
Sambutan Hari lahir 2012
Sunday, January 29, 2012Posted by Geliga Ent at 6:07 PM
Labels: Sambutan Hari lahir 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment