My Blog List

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum , salam perjuangan kepada semua pengunjung di laman blog saya ini. Masa berlalu dengan pantas dan cepat sehingga tidak sedar kita telah pun berada tahun baru iaitu Awal Muharram 1432H. Alhamdulillah dengan keberkatan dan usia kita dapat meyambut di tahun baru ini. Saya berharap anda semua tidak terlepas membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga Allah mengurniakan kita nikmat dan kesejahteraan di tahun baru 1432H ini.

Maal Hijrah merupakan permulaan tahun baru Taqwim Islam. Ia bermula demi memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi dan mengingatkan kita tentang perubahan yang berlaku pada sejarah umat islam.

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Selain itu, Perubahan dari perkara negatif kepada perkara positif atau dari kurang baik kepada yang lebih baik dan sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus dan sehinggalah berlaku pada zaman moden kita ini. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah dan sebagainya. hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM


1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails